Saturday, February 26, 2011

JANGANLAH BUAT ORANG YANG MENCINTAI KAMU KECEWA....................

JANGANLAH BUAT ORANG YANG MENCINTAI KAMU KECEWA.........










1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


CINTA ISTERI YANG SOLEHAH...






Kebahagiaan Dunia dan Akhirat
Dan sampaikanlah berita gembira kepada yang beriman dan berbuat baik, bahawa bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai didalamnya

"Wanita hiasan dunia,seindah hiasan adalah wanita solehah.....Yang akan membahagiakan syurga,didalam rumahtangga.....Adalah wajib kita sebagai umat islam mencari wanita yang solehah untuk kebahagiaan didunia dan di akhirat......"

”Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandang (dengan penuh cinta dan kasih), maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih mesra dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran disela-sela jari tangan mereka.” - (Hadith riwayat maisaroh Ali daripada Abu said Al-Hudri)

”Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu dan berpuasa pada bulan ramadhan dan menjaga kemaluannya daripada yang haram serta taat kepada suaminya, maka dipersilakanlah masuk ke syurga dari pintu mana sahaja kamu suka.” - (Hadith Riwayat Ahmad dan Thabrani)

”Tidak dihalalkan bagi seorang isteri yang beriman kepada Allah untuk mengizinkan seseorang masuk ke rumah suaminya. Padahal suaminya tidak senang.” - (Hadith riwayat Hakim)

 ”Hak suami terhadap isterinya adalah isteri tidak menghalangi permintaan suaminya sekalipun semasa berada di atas punggung unta tidak berpuasa walaupun sehari kecuali dengan izinnya, kecuali puasa wajib. Jika dia tetap berbuat demikian, dia berdosa dan tidak diterima puasanya. Dia tidak boleh memberi, maka pahalanya terhadap suaminya dan dosanya untuk dirinya sendiri. Dia tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya. Jika dia berbuat demikian, maka Allah akan melakntanya dan para malaikat memarahinya kembali dan bertaubat, sekalipun suaminya itu adalah orang yang alim.” - (Hadith riwayat Abu Daud Ath-Thayalisi daripada Abdullah Umar)

”Sesungguhnya setiap isteri yang meninggal dunia yang diredhai oleh suaminya, maka dia akan masuk syurga.” - (Hadith riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

”Tidak sempurna dan lengkap seseorang mukmin kemudian daripada taqwa kepada Allah itu yang terlebih baik daripada isteri yang solehah. Apabila dipandang menyukakan hati, apabila disuruh ia taat. Dan apabila tiada suaminya ia memelihara maruah diri (kehormatannya) dan harta suaminya.” - (maksud hadith)

”Seseorang perempuan tidak menunaikan hak Allah Taala sehingga ia telah menunaikan semua hak suaminya. Jikalau dikehendaki oleh suaminya sekalipun di atas timbunan duri tidak mencegahkan dirinya.” - (Maksud hadith)

”Dunia ini perbendaharaan, dan sebaik-sebaik perbendaharaan itu ialah isteri yang salihah.” - (Maksud hadith)

Penyesalan............

Sesalanku..mghimpit diriku...bla bla

Aku bukan nk nyanyi lagu ezlynn..tp inginku luahkan penyesalan yg sentiasa bermain d fikiranku..Rasa menyesal krn xbuat elok2 makroteaching pd mggu lepas..Aku xtau ape yg jd pd diriku sbnrnya..Lain yg rancang,lain pulak jdnya..Huuhuu...sedih pn ade,bila pk blk smua tu..Disebabkan perasaan berdebar yg tlalu menebal dlm driku bila berada di hadapan,sesi makro aku hancus lebus!!!!!!!!Ak jd xblh tumpu ape yg hndk aku smpaikn..Shggkn,fkiran aku jd xtentu hala..Disebabkan smua 2,pengajaran aku jd xsmooth dan tdk mengikut kronologi yg sepatutnya...Asma Adila,,,mgpala kamu ni teruk sgt..........
Aku rase aku kne berobat n minum air penawar dh,bg tmbah keyakinan dlm diri hlgkan rase bdebar bla bhdpn dgn org ramai..Cmne la aku nk jd ckgu ye..Br aku tau betapa susahnya nk jd ckgu...hhuhu..Bydaway, thanks kpd kawan2 yg bg skongan kt aku..InsyaAllah aku akn wt yg terbaik lps ni..Huhu..Xjanji,tp aku akan berusaha utk tmbah keyakinan dr n hlgkan rse debar2 tu..huhhhu


Korg xcye ke macroteaching aku hancus??Nah!!klau xcye tgkla sndri komen member2 aku



                            Komen mira sdkt sbyk tlh mnyuntik smgtku yg awalnye tlh pudar..huhu..Tq mira


P/S : Tujuan aku suh dorg komen ni adlh utk tgk ape yg sbnrya aku wt..Aku pn xsdar..Yg aku tau,smuanya hancur..kutunggu rzt makro n bsedia dgn sgla kmgkinan utk gagal>>>>>>>>huhuuuuu

Sunyi=(

Sunyi sunyi dan sunyi..Mlm ini dan hr ini sunyi lg..seperti sebelumnya,semenjak rumate ku tiada..Dia terpaksa menjadikan hospital sbg rumah keduanya..krn..krn dia sakit..sakit yg tidak tahu puncanya..Seringkali aku dgr dia merintih sakit di bhgn kepala..Dia ckp sakit biasa je..Tp aku risau n suruh dia jumpa dr.Dia pnh jmpa dr,tp katanya migrain biasa shj dan tekanan darah yg rendah.tp aku xpuas hati la..sbb slalu sgt sakit..Smpailah pd satu hr,kulihat bola matanya menjadi kuning,ramai yg perasan warna matanya berubah..Kami sruh dia g hspital awl2,tp dia degil dan asyik bg alasan xnk pegi.Stlh 2mggu,blaku perubahan makin teruk.Ak tgk,bukan matanya shj kuning,tetapi kaki,tgnnya juga mjdi wna kuning..Pada suatu mlm,dia demam teruk,dan swktu tdo ak dgr suaranya yg gelisah..Lalu ak bgun,aku tlg picit2kn kepala dia..Kulihat seluruh bdnnya telah menjadi kuning...Xthn aku tgk,lalu menitis jgk air mata ni..xlarat nk tahan dh..berat mata memandang,berat lg bahu yg memikul..Sakitnya teruk,tp tdk mahu tunjuk kpd kami..Sejak hr itu,kami paksa jgk dia pegi hospital..Bila ke hospital,dia terus kne tahan masuk wad..Mgkin sbb penyakitnya terlalu teruk..Mggu pertama, dr kata dia kne hepatitis..Then,bgtau plak ade pnyakit lain..Xlama kemudian dr ckp darah rendah mgkin kerana anemia,drh bergumpal n mcm2 lg....Smpai skrg kami tidak tahu ape pykit sbnya yg dihidapi oleh kwn kami 2..Hanya dia sorg yg menanggung derita..Sedih dan pilu hati kami..Sudah 3mggu (bmula 7hb2)dia berada di hospital,dan sekarang berada dia rumah kerana mgkin tidak tahan tggl di hospital..Kawanku,cptla sembuh..xsggup kami tgk kamu menderita...Klu blh,kami ingin bkongsi derita dgn kamu,supaya tidak terasa beban itu di bahu kamu sorg..Cptla sembuh..kami setia tggu di sini..Ingin melihat wajahmu yg dulu..Wajah dgn senyuman manis itu..wajah yg ceria spt dlu..








                                                   Wajah suka dalam duka (Dilah,dila/sema n ain)


                                                               Sygku,cptla sembuh....