Saturday, December 31, 2011
JODOH ADALAH TAQDIR
Sahabat Hikmah...
Taqdir adalah ketentuan dan kehendak Allah
Dan jodoh yang telah menjadi pasangan hidup
Atau yang masih berusaha mendapatkannya
Adalah atas kehendak dan ketentuannya
Semuanya telah tertulis dalam Lauh Mahfuzh
Jadi jika seseorang itu ditakdirkan untuk menjadi jodoh kita,
tidak akan ada satu tangan pun yang dapat menghalanginya..
Atau memisahkannya...
Tetapi, jika dia telah ditakdirkan bukan untuk menjadi jodoh kita,
Atau tidak tepat untuk kita...
walau ada seribu tangan yang membantu,
dia tetap bukan milik kita.
Tetapi kita harus berussaha...
Menjaga jodoh yang terbaik...
Atau mendapatkan yang terbaik...
Karena Allah akan mempertimbangkan..
Usaha dan doa hamba-Nya
Wednesday, December 28, 2011
Pengalaman pergi rumah mertua..
2,3 hr xmencoret,hr ni rasa cm nk luahkan apa yg terpendam..huhuhuu..
Tanggal 24hb12 aku ke kg si dia kt rompin,phg..mula2 naik bs g kl,pastu nek tren g kt sri petaling.pastu amik bs ke mersing,btolak kul 8.30 lg tp perjalanan cm dh sehari suntuk sbb tpksa menunggu bs g mersing..Dlm perjalanan,hati dh bdebar-debar,mcm2 perasaan ada.mklumla first time nk jumpa dorg..Persiapan??huhhhh..xda lgsung kot,ilmu masak-masak pn xda..huhuhu..cuma sblm btolak aku beli buah tgn je utk dorg adat btndg rmh org kn,msti la bwk ape2..ak beli kek 3 biji, n bli selai tdung utk mak si dia,moga-moga dia bekenan..hihi
Kul 6.30 ptg smpai kt Tg Gemuk, dkt dgn jeti nk ke tioman, n lepas tu adk n abg ipar si dia mai amk kami..Dlm 7 lbh smpai umah,mk n family smbut aku,rase cm makin debar2..huhu..mse dok sana,layanan mcm tuan puteri la plak,mk ayh baik sgt..adk2 pn hormat aku..rasa ingin bekeluarga dgn mereka cpt2 je..huhuuhu..Mk sediakan mkn mlm (sup aym hutan + kari ikan n ikan goreng),aku pn mkn je sbb lapar sgt..sdp tau.hehee..mse nk bsuh pggan,mk main tarik2 plak pinggan dgn aku,ada ke gitu,aku nk basuh mk xbg..adoi,xpnh lg la ak jmpa org cmtu..baik sgt..bruntung dpt mertua gini..hehee..
Disebabkan skrg adalah musim bah, byk kwsn kt sini sudah dinaiki air..tp Alhamdulillah kwsn rmh mertua xda bnjir sgt..Mlm2 air laut psg,kt sini aku dpt pglmn dok di kwsn bnjir yg disebabkan oleh air laut psg..Dlm kul 11mlm,kwsn rmh mula dinaiki air,nsb baik xmasuk dlm rmh,cuma air naik nk 1 inci lg nk smpai ke lantai rumah..Semua kuar rumah nk tgk air naik smpai mane..jiran2 pakat kuar nk bantu jiran yg bnjir,mse tu ada bomba yg telah meronda dan bersedia utk amk mangsa bnjir..ada yg tggl di kwsn rendah terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan bnjir kerana air telah naik ke kwsn rumah mereka..alhamdulillah kami terselamat drpd bnjir..Tp mk ckp pernah pd thun bpe ntah,air naik nk smpai kt bumbung umah dh. tu adalah bnjir plg teruk,abis rosak semua..Mk ckp air psg kuat pd hjg bulan..pttla mlm2 air naik,blkg rmh mak ade sg, sg ni adalah sg kecik smbgn kpd sungai sempadan endau-rompin ( smpdn antara johor dan phg)..
Hari ke2 mk bwk aku g tmpt tahlil kenduri rmh jiran2 dia..Rase gmentar gila,smua org tnye aku ni sapa..huhu..mk ckp kwn kpd si dia..kwn2 dia ckp "menantu ye??'' mk pn gelak..huhu..lg aku rasa cm nk luruh jntung..mcmne la tggpn dorg kt aku..msti mcm2 yg timbul dlm hati dorg kn..msti ada ckp "xcntik pn bkl menantu dia,biasa je"..n msti ada ckp "jauhnya,org klantan..kt sini dah xda pmpuan ke...msti ade ckp cmtu..ataupun aku je selalu pk negatif??emmm,xpela biar la dorg nk ckp ape,manusia mmg xsempurna kn..
Ni ape yg aku dpt drpd majlis tahlil kenduri..Selai buku thlil n oleh2 kenduri..hehee
Spnjg dok rompin,mcm2 aku mkn,
Ni kelapa pandan + limau sunkist..nama dia ape ntah..Pakist kot..lalala
Sblm blk mk bgkus pulut dgn pekasam,buah mgga, buah duku n buah limau jmbul bg kt menantu dia..hihi..baik sgt mk ni,sebijik prangai cm mk kndung aku..beruntungla mk aku dpt besan cmni..hehe
Xsbrnye nk brkeluarga dgn dorg..huhu..mk,cpt2 la masuk minang dila..hihiihi
Saturday, December 24, 2011
Saka???
Tersentap kejap bila ak dengar mek (nenek) sblh abah aku ada saka. Ini gara-gara dia sakit minggu lepas,ada bomoh yg mengatakan dia ada warisi saka nenek moyang..bomoh tu cakap kne ubati cpt2 krn bimbang saka ini akan diturunkan kpd ank mek aku iaitu abah aku..pttla mek ak selalu sakit yg tdk tahu sbbnya,n pastu selera mkn dia juga pelik.dia amat berselera bila mkn nasi dgn aym goreng tetapi xkn mkn nc klu xda ayam..dia slalu sakit pelik2 n pastu sembuh kejap n sakit lg,skrg umur dia dh 80 lbh,n dia dah nyanyuk skit..klu tnye psl ni pn msti dia xingat dh..Aku bimbang saka ini akan diturunkan kpd abah/mk sedara aku..Ya Allah,dugaan ape yg Kau bg ni..bglah ketabahan kpd kami utk menghadapi semuanya..Minggu dpn, family aku akan bwk mek g berubat kt Ust kt kg aku,mtk2 dipermudahkan utk halau saka dr tubuh mek aku..amin Ya Allah....
Ni serba sedikit mklumat yg aku ketahui ttg saka,Ya Allah..sgguh bahaya saka,ia akan memudaratkan tuannya...
SAKA dikaitkan dengan mewarisi jin yang membolehkan makhluk halus itu menjadikan pewarisnya dengan pelbagai kuasa ghaib seperti memiliki kecantikan, kekuatan luar biasa atau menjadi individu berpengaruh.
Hukum mewarisi dan menggunakan saka adalah haram di sisi Islam. Biasanya saka diwariskan kepada anak atau cucu kepada pemilik saka.
Saka adalah ilmu keturunan yang dipusakai ada hubung kaitnya dengan jin, sama ada dibela, dibuat sahabat secara sedar atau tidak oleh pemiliknya.
Gejala saka amat berbahaya dan mampu merosakkan kehidupan seseorang. Maka, penting kita menyiasat diri dan keluarga daripada mewarisi saka.
Masyarakat Melayu memahami saka sebagai ilmu yang dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya. Contohnya daripada ibu atau bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucunya, atau seseorang dalam lingkungan keluarga.
Kesan jangka panjang jika seorang yang mewarisi saka ialah mampu menjadikan seseorang itu mendapat sakit sehingga koma atau lumpuh.
Umumnya, kebanyakan orang yang memiliki saka berkebolehan merawat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan. Cara rawatannya dengan menurun menggunakan mantera atau jampi.
Bacaan dan amalan yang dilakukan itu amat meragukan serta sukar difahami. Ia bertentangan dengan syariat kerana mempunyai unsur syirik yang boleh merosakkan akidah.
Jika seseorang itu menyatakan hasratnya pada waris tertentu, seperti anaknya yang dia adalah orang yang paling sesuai atau 'layak' mewarisinya.
Penurunan ilmu saka boleh berlaku secara tidak langsung apabila waris menerima barang tertentu peninggalan si mati seperti barangan kemas, keris, lembing atau tombak.
Syaitan akan sentiasa memastikan setiap manusia atau orang yang mewarisinya sesat ketika sampai ajal mereka. Pada mulanya memang saka kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya seperti melindungi diri, keluarga dan harta benda tetapi itu semua hanya tipu helah untuk menyesatkan manusia.
Pelbagai kesan buruk dan masalah akan timbul dalam jangka masa panjang di mana kemuncaknya menyebabkan manusia itu berdosa besar kerana mensyirikkan Allah SWT.
Antara kesan buruk memelihara saka ialah pemiliknya menghadapi seksaan yang amat perit ketika menghadapi saat kematian kerana roh mereka sukar untuk keluar daripada jasad menyebabkan mereka terseksa ketika menemui ajal.
Situasi lebih dahsyat berlaku apabila pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya.
Gangguan saka juga menyebabkan seseorang dilanda penyakit misteri. Justeru ahli keluarga atau sesiapa saja dilarang menerima warisan saka daripada pemilik asal.
Bagi mereka yang sudah menerima, berusahalah untuk memutuskan hubungan dengan makhluk terbabit dengan mendapatkan khidmat pengamal perubatan Islam yang menggunakan al-Quran dan sunnah sebagai kaedah rawatan.
Pengamal Perubatan, Pusat Rawatan Islam Sinar Zamdurrani, Sharhan Shafie, berkata saka adalah perjanjian yang dibuat antara nenek moyang dengan jin laknatullah untuk mendapat kehebatan, kekuatan, kecantikan, perlindungan tertentu melalui perjanjian tertentu dalam tempoh yang ditentukan (tujuh keturunan).
"Saka berada dalam tubuh badan manusia sejak sekian lama hingga menjadi sebati dengan manusia. Ia berlaku sama ada seorang itu mengetahuinya ataupun tidak.
"Jin berkenaan ditinggalkan nenek moyang pembawa saka apabila mereka meninggal dunia. Ketika hidupnya, mereka berkawan atau membela jin berkenaan yang dikenali dengan pelbagai nama dalam masyarakat kita seperti polong, pelesit, toyol dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata terdapat kronologi bagaimana jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka berkenaan.
"Selepas nenek moyang yang membela jin terbabit meninggal dunia, jasadnya mati selepas roh keluar dari badannya. Namun Begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukan seperti manusia.
"Apabila jasad perumah saka dikebumikan, jin akan bebas seperti keadaan layang-layang yang terputus talinya. Maka ia akan berkeliaran di atas muka bumi ini untuk mencari pewaris baru," katanya.
Sharhan berkata kebiasaannya jin berpindah kepada anak cucu yang mengamalkan jampi tertentu yang diambil daripada si mati.
"Saka turut berpindah kepada waris seperti anak atau cucu yang menyimpan barang peninggalan si mati. Mereka berpotensi besar mewarisi saka disebabkan pernah tinggal serumah bersama si mati.
"Selain itu, golongan yang menjadi sasaran kepada saka adalah anak cucu yang cetek pengetahuan agamanya, sentiasa melakukan maksiat, meninggalkan ibadat seperti solat, mereka yang lemah fizikalnya serta memang terlalu menginginkan sangat kehebatan serta kelebihan nenek moyang mereka," katanya.
Beliau berkata memang terdapat pertalian erat antara jin dan saka kerana jin yang diwariskan itu umpama harta peninggalan.
"Terdapat hadis daripada Abu Tha'labah berkata. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Jin itu mempunyai tiga jenis iaitu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, jenis yang berbentuk ular dan anjing dan jenis yang berpindah randah.
"Jenis jin ketiga itu dikelaskan jenis jin yang menjadi saka kerana mampu berpindah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya," katanya.
Sharhan berkata mereka yang memiliki saka juga mempunyai kebolehan mengubati penyakit yang disebabkan oleh jin dan syaitan tetapi mereka menggunakan dengan cara meragukan.
"Kebanyakan mereka berubat dengan kaedah menurun. Pembawa saka mampu mengubat tetapi dengan menggunakan jampi yang mempunyai unsur syirik.
"Malah jampi yang digunakan langsung tidak difahami maknanya," katanya.
Beliau berkata terdapat amalan yang mampu menghalang seseorang itu menjadi mangsa saka dengan berkat keizinan Allah SWT.
"Segala bentuk gangguan jin dapat dielakkan dengan syarat kita percaya dan benar-benar yakin Allah yang menyembuhkan.
"Antaranya boleh mengamalkan zikir, membaca surah Mulk sebelum tidur, berwuduk sebelum tidur atau ketika mengadakan hubungan kelamin dengan isteri, jadikan amalan membaca surah Yaasin setiap Subuh, membaca Basmalah sebagai wirid setiap kali melakukan pekerjaan dan perdengarkan bacaan ayat ruqyah di dalam rumah," katanya.
Petanda seseorang mempunyai saka
-Susah tidur malam.
-Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
-Mimpi buruk yang dikenali sebagai kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya kemudian menjerit meminta pertolongan tetapi tiada siapa mendengarnya.
-Mimpi perkara menakutkan dan menyeramkan.
-Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus.
-Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
-Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
-Berdiri dan berjalan ketika tidur.
-Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
-Mimpi berada di kawasan kotor atau di tanah perkuburan.
-Mimpi melihat budak kecil.
-Mimpi melihat salib atau gereja.
-merintih dan menangis ketika tidur.
Gejala waktu jaga
-Selalu pening kepala.
-Lalai mengingati Allah SWT
-Sering lesu dan malas.
-Rasa sakit di salah satu anggota badan.
-Sakit di belakang terutamanya tulang belakang.
-Lenguh sendi-sendi utama.
-Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati.
-Mudah panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
-Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan hidup.
-Mudah marah dan panas baran.
-Emosional dan terlalu sensitif.
-Terasa seperti terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak batu atau telur.
-Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu.
JAWA PONOROGO / MISTERI ETNIK Batu Pahat 01 Disember 2010 : Haji Abdullaj Haji Sarbon memberi rawatan perubatan Islam Tradisional kepada pesakit yang hadir ke rumahnya di Sri Medan, Batu Pahat. Gambar oleh Aizuddin Saad. (untuk Misteri Etnik) NSTP
Subscribe to:
Posts (Atom)













